Followers

Sunday, February 6, 2011

UKURAN MASA


Ukuran Masa.

Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan.

Masa pula ialah linear dan sebahagian dari struktur asas alam semesta, satu matra berlakunya peristiwa dalam rangkaian, dan masa itu sendiri adalah sesuatu yang boleh diukur. Ini adalah pandangan realis, iaitu Sir Isaac Newton sendiri.

Dari segi ukuran masa, Masa adalah matawang satu dari sikit kuantiti fundamental. Ini adalah kuantiti dimana tak boleh ditakrifkan melalui kuantiti lain kerana terdapat tiada lebih asas dari apa yang kininya diketahui. Demikian, sama dengan takrifan dari kuantiti asas lain (seperti ruang dan jisim), masa ditakrifkan oleh unit yang digunakan untuk mengukurnya dan cara ukurannya. Dalam intipati, takrifan ini kemaskini masa itu sendiri dimana bak kata lain tinggal tak ditakrifkan.

Asal usul sistem ukuran semasa kita berbalik kepada tamadun Sumer iaitu kira-kira 2000 SM. Ini diketahui sebagai Sistem perenam-puluhan Sumeria berdasarkan pada nombor 60. 60 saat dalam seminit, 60 minit dalam sejam - dan kemungkinan satu kalendar dengan 360 (60x6) hari dalam setahun (dengan satu sikit lebih hari ditambah). Dua belas juga ditunjuk jelas, dengan kasarnya 12 jam dari hari dan 12 dari malam, dan 12 bulan dalam setahun.

Unit-unit yang terlibat dalam kiraan masa ialah saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dekad, generasi, abad.
1 minit bersamaan 60 saat
1 jam bersamaan 60 minit,
1 hari bersamaan 24 jam,
1 minggu 7 hari,
1 bulan 30 hari atau 4 minggu,
1 tahun 12 bulan atau 365 hari,
1 dekad 10 tahun,
1 generasi 25 tahun,
1 abad 100 tahun atau 10 dekad.

 Masyarakat zaman dahulu menggunakan alat seperti jam pasir, jam matahari dan jam air untuk mengira masa, alatan seperti ini kurang berkesan dalam mengukur dan mengira masa kerana tidak mempunyai ukuran standard piawai dan tidak konsisten. Jam matahari yang dijumpai di Mesir bertarikh 1500 SM, membuktikan bahawa masyarat dahulu cuba mengira masa berdasarkan kedudujan matahari, kelemahan bagi jam ini adalah tidak dapat digunakan pada waktu malam ataupun ketika hari mendung atau hujan. Seterusnya alat yang penyimpan masa paling tepat dari dunia purba adalah jam air atau clepsydra, juga dijumpai di Mesir. Jam ini mampu mengira masa dengan tepat tetapi memerlukan penyimpanan air yang banyak. Selain itu, jam kaca atau jam pasir yang digunakan dalam pelayaran pada zaman dahulu juga kurang berkesan kerana hanya mampu mengira masa yang singkat.

Jam Air pada zaman dahulu

Jam matahari

Jam pasir
Perubahan zaman menyaksikan berlakunya evolusi penciptaan dalam pengiraan masa. Para saintis telah berusaha mencipta alat yang mampu mengukur masa dengan lebih tepan dan konsisten. Bermula dari penggunaan jam air, kemudian jam astronomi yang masih bergantung pada kegunaan air, kemudian jam raksa, jam pacuan spring, jam pacuan pemberat makanik, dan jam pacuan bandul.
Pada 17 November 1797, Eli Terry menerima paten pertamanya untuk satu ciptaan jam. Terry dikenali sebagai pengasas industri pertukangan jam Amerika Syarikat.
Tukang jam Scotland, Alexander Bain, mempatenkan ciptaan jam elektrik pada tahun 1840. Pegas utama jam elektrik dikunci dengan motor elektrik atau elektromagnet dan angker. Pada tahun 1841, beliau mempatenkan bandul elektromagnet pertama.
Perkembangan elektronik pada abad ke-20 menghasilkan jenis-jenis jam yang langsung tiada sawat jam, sebaliknya waktu dirakam dengan cara-cara lain seperti getaran garpu tala, kelakuan hablur kuarza atau getaran kuantum atom. Jam mekanik pun kebanyakannya dijana oleh bateri.

Jam zaman dahulu




Jam Mekanik

Bagi mengkaji mekanisme yang digunakan dalam penciptaan jam matahari, satu prototaip jam matahari telah dicipta. berikut merupakan prototaip jam matahari yang di uji menggunakan cahaya lampu suluh bagi menggantikan cahaya matahari.

MODEL JAM MATAHARI

GAMBARAN DARI ATAS

UJIAN 1: Pukul 8 pagi

UJIAN 2: Pukul 12 Tengah Hari



RUJUKAN:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Masa
http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_ukuran
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jam_%28alat%29

Monday, January 31, 2011

Apa Itu Ukuran???

Asal-usul dan Maksud UKURAN

  • Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal.
  • Faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
  • Dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM oleh masyarakat Mesopotamia, Mesir, Lembah Indus, dan Elam di Parsi.
  • Selain mencipta alatan untuk mengukur, masyarakat dahulu juga menggunakan anggota badan sebagai alat ukuran.

Jenis UKURAN: 

  • Jarak :- 
    • Jarak gerakan suatu objek ialah jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh objek itu.
    • Bagi mengukur jarak, anggota badan seperti lengan (hasta), jari (jengkal), kaki (kaki), tangan (depa) digunakan secara meluas pada zaman dahulu. selain itu, jeritan juga digunakan untuk mengukat jarak (sepelaung). Ukuran- ukuran ini tidak praktikal dan konsisten untuk diguna pakai.
jarak kaki dikira dari hujung tumit ke hujung ibu jari kaki

kiraan jarak jengkal
    • Pada zaman kini, alatan untuk mengukur jarak dengan lebih tepat dan konsisten dicipta. Alatan-alatan tersebut seperti pembaris, pita pengukur dan sebagainya.
    • Alat-alat ini mempunyai ukuran dan unit yang standard.
    • milimeter(mm), centimeter(cm),meter(m), kilometer(km).
    • Ukuran piawai Meter (m).
  • Jisim (Berat):-
  • Dacing
    • Berat suatu objek ialah ukuran daya tarikan graviti ke atas objek itu. Ia berbeza dengan jisim.
    • Jisim merupakan sifat intrinsic bahan.
    • alatan untuk mengukur berat zaman dahulu ialah dacing.
    • selain itu, berat juga diukur menggunakan cupak iaitu ukuran terkecil bagi gantang dan gantang.
    • 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8 kilogram iaitu sama dengan 4 cupak.
Gantang Brunie
    • Pada masa kini, pelbagai peralatan canggih dicipta untuk menyukat berat.
    • Penimbang yang digunakan adalah penimbang elektronik atau digital.
Penimbang

Penimbang Digital
  •  Masa :-
    • masa adalah linear dan sebahagian dari struktur asas alam semesta.
    • masa itu sendiri adalah sesuatu yang boleh diukur.
    • pada zaman dahulu masa diukur menggunakan jam matahari seperti yang dijumpai di Mesir pada tahun 1500SM.
    • Jam air iaitu alat untuk mengira masa dengan tepan pada masa itu dijumpai juga di Mesir pada tahun 1525 - 1504 SM didalam makan firaun Amenhotep I.
    • Jam kaca yang menggunakan aliran pasir digunakan dalam pelayaran secara meluas pada 1522.
    • Batang kemenyan dan lilin lazimnya digunakan untuk mengukur masa di kuil dan gereja seluruh dunia
Jam matahari pada zaman dahulu

Lakaran jam air

Jam Pasir
    •  Perubahan zaman mengorak langkah masyarakat untuk mencipta jam yang lebih konsisten dan tepat.
    • Jam pada zaman kini adalah seperti jam randik untuk menyukat minit atau saat, jam dinding atau jam tangan untuk mengukur waktu.
Jam Dinding

Jam Tangan Idaman

Jam Randik
  •  Suhu :-
    • Zaman dahulu tidak menpunyai alat untuk mengukur suhu. Mereka hanya mengetahui panas dan sejuk sahaja.
    • Kini termometer digunakan untuk mengukur suhu.
Termometer Digital

Termometer makmal

MATEMATIK 3 PPISMP SEMESTER 2

SUKATAN
TOPIK 1 -UKURAN (15 JAM)

  • Konsep Ukuran
  • Panjang
  • Jisim
  • Masa

TOPIK 2-BENTUK & RUANG (60 JAM)

  • Garis & Sudut
  • Geometri
  • Bentuk 2D
  • Bentuk 3D
PENILAIAN/PEMARKAHAN
# 50% (PROJEK) =10% Mengumpul maklumat (dalam blog)
=20% Kuiz
=20%

#
50% -Peperiksaan Akhir