Followers

Monday, January 31, 2011

Apa Itu Ukuran???

Asal-usul dan Maksud UKURAN

  • Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal.
  • Faktor untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
  • Dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM oleh masyarakat Mesopotamia, Mesir, Lembah Indus, dan Elam di Parsi.
  • Selain mencipta alatan untuk mengukur, masyarakat dahulu juga menggunakan anggota badan sebagai alat ukuran.

Jenis UKURAN: 

  • Jarak :- 
    • Jarak gerakan suatu objek ialah jumlah panjang lintasan yang dilalui oleh objek itu.
    • Bagi mengukur jarak, anggota badan seperti lengan (hasta), jari (jengkal), kaki (kaki), tangan (depa) digunakan secara meluas pada zaman dahulu. selain itu, jeritan juga digunakan untuk mengukat jarak (sepelaung). Ukuran- ukuran ini tidak praktikal dan konsisten untuk diguna pakai.
jarak kaki dikira dari hujung tumit ke hujung ibu jari kaki

kiraan jarak jengkal
    • Pada zaman kini, alatan untuk mengukur jarak dengan lebih tepat dan konsisten dicipta. Alatan-alatan tersebut seperti pembaris, pita pengukur dan sebagainya.
    • Alat-alat ini mempunyai ukuran dan unit yang standard.
    • milimeter(mm), centimeter(cm),meter(m), kilometer(km).
    • Ukuran piawai Meter (m).
  • Jisim (Berat):-
  • Dacing
    • Berat suatu objek ialah ukuran daya tarikan graviti ke atas objek itu. Ia berbeza dengan jisim.
    • Jisim merupakan sifat intrinsic bahan.
    • alatan untuk mengukur berat zaman dahulu ialah dacing.
    • selain itu, berat juga diukur menggunakan cupak iaitu ukuran terkecil bagi gantang dan gantang.
    • 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8 kilogram iaitu sama dengan 4 cupak.
Gantang Brunie
    • Pada masa kini, pelbagai peralatan canggih dicipta untuk menyukat berat.
    • Penimbang yang digunakan adalah penimbang elektronik atau digital.
Penimbang

Penimbang Digital
  •  Masa :-
    • masa adalah linear dan sebahagian dari struktur asas alam semesta.
    • masa itu sendiri adalah sesuatu yang boleh diukur.
    • pada zaman dahulu masa diukur menggunakan jam matahari seperti yang dijumpai di Mesir pada tahun 1500SM.
    • Jam air iaitu alat untuk mengira masa dengan tepan pada masa itu dijumpai juga di Mesir pada tahun 1525 - 1504 SM didalam makan firaun Amenhotep I.
    • Jam kaca yang menggunakan aliran pasir digunakan dalam pelayaran secara meluas pada 1522.
    • Batang kemenyan dan lilin lazimnya digunakan untuk mengukur masa di kuil dan gereja seluruh dunia
Jam matahari pada zaman dahulu

Lakaran jam air

Jam Pasir
    •  Perubahan zaman mengorak langkah masyarakat untuk mencipta jam yang lebih konsisten dan tepat.
    • Jam pada zaman kini adalah seperti jam randik untuk menyukat minit atau saat, jam dinding atau jam tangan untuk mengukur waktu.
Jam Dinding

Jam Tangan Idaman

Jam Randik
  •  Suhu :-
    • Zaman dahulu tidak menpunyai alat untuk mengukur suhu. Mereka hanya mengetahui panas dan sejuk sahaja.
    • Kini termometer digunakan untuk mengukur suhu.
Termometer Digital

Termometer makmal

No comments:

Post a Comment

Post a Comment